Program Pra Diploma Mdab

Program Pra Diploma Mdab Average ratng: 3,5/5 8646 reviews

Permohonan Pra Diploma (PD002-Pra Perdagangan) Masih Dibuka Di Bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa - MDAB Mohon jika sekiranya tuan/puan mempunyai calon-calon yang sesuai menghantar borang permohonan dengan kadar segera. Borang Permohonan Pra Diploma: 1. Lepasan SPM/Setaraf: Borang Permohonan Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Borang Permohonan Program Mengubah Destini Orang Asli (MDOA). Permohonan Pra Diploma (PD002-Pra Perdagangan) Masih Dibuka Di Bawah Program Mengubah Destini Anak Bangsa - MDAB Mohon jika sekiranya tu.

  1. Program Pra Diploma Mdab 2016

Program Pra Diploma Mdab 2016

See more of Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM (MDAB) on Facebook
or
Create New AccountProgram
See more of Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM (MDAB) on Facebook
Create New Account
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Kampus Seri Iskandar
  • Pejabat Pengarah Program Mengubah Destini Anak Bangsa UITM
  • UiTM Perlis MPP
  • Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan
  • Syaiton page untuk remaja puaka
  • Politician
  • Universiti Teknologi MARA - Media FB Rasmi
  • Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor
  • Universiti Teknologi MARA Pahang Kampus Jengka - Media FB Rasmi
  • Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM
  • UiTM Caw Pulau Pinang - Media FB Rasmi
  • Nur'ain Abd Rahim
UiTM tawar 10,000 tempat pelajar gagal ke IPT
2012/05/22
JELI: Pemohon yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA tidak perlu bimbang kerana mereka berpeluang belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang menawarkan 10,000 tempat untuk program khasnya.
Di bawah program itu, pelajar akan mengikuti pengajian peringkat pradiploma, praperdagangan dan prasains selama 16 minggu di kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Naib Canselornya, Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kerajaan menyedari persaingan hebat untuk memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga.
Kerajaan menyedari persaingan hebat memasuki IPTA, manakala mereka dari kawasan luar bandar pula tercicir bukan disebabkan tidak pandai tetapi kekurangan kemudahan dan persekitaran kehidupan keluarga. - Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM “Program ini memberi mereka peluang meneruskan pengajian di UiTM dan memilih bidang pengajian bersesuaian sama ada pada peringkat diploma dan ijazah selepas menamatkan program khas berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, ia sebahagian daripada program khas Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia yang diperkenalkan tahun ini anjuran Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM.
“UiTM dan GDAB turun padang melihat pelajar yang gagal melanjutkan pelajaran ke IPTA dan mencari mereka di kalangan keluarga miskin yang tidak mampu membiayai pengajian untuk dibantu.
“Ini atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu kita menjelajah, termasuk di kawasan luar bandar untuk membantu supaya mereka tidak ketinggalan pendidikan,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan surat tawaran kemasukan UiTM dan taklimat kemasukan menerusi program yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di Pondok Moden Jeli di sini, semalam.
Sahol Hamid berkata, setakat ini program itu berjaya menarik kira-kira 30,000 pengunjung yang diadakan di sembilan negeri dan daripada jumlah itu lebih 3,800 pelajar memenuhi syarat minimum kemasukan sudah menerima tawaran berkenaan.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles...alkeIPT/Article